26-29 Jun 2009 aritu aku pergi ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.. Untuk Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Nasional ke 13. Korang boleh agak jawatan aku, Eksekutif Multimedia untk syarikat PNT Mega Success Sdn. Bhd. (Penang). Best giler!! 1st time la aku masuk sampai peringkat kebangsaan.
1st day
Tunggu bas kat masjid jamek seberang jaya. Best gak, PDC pilih bas yg elok. Dlm bas dapat saguhati RM20 dari Che’ Samad, PDC (tengkiu!!). Dalam bas x de yang nak cerita, minum ubat batok, tido sepanjang jalan..huhu.
Dah sampai kat Poli, dapat goodie bag (topi+baju+buku+pen+etc.) Lepastu amik kunci bilik, satu bilik 2 org..tak sesak sangat. Partnered with my “best” fren, Aiman. Dengan beg yang berat dan panas matahari, kami jalan2 cari block. Memang tak disangka, blok kami adalah blok utk pelajar perempuan Poli, (OK jugak, takde la teruk sangat bilik, kipas laju macam helicopter,) Cukup selesa. Malangnya, dapat tingkat 4, hampir patah kaki naik turun. Tapi ada yg lebih malang dapat tingkat 5..hahaha!!.
Petang sampai malam tu testing powerpoint, gaduh skit dgn abang2 poli tu tentang projector yang tak sync dengan sound. Intro video kami ikut rentak musik, so problem skit. (sorry yo abg2 poli, pape pun thx.) Tido lambat jugak la sebab nak tunggu turn untuk test. (14 team ada, kami no. 9 kot). Letih sangat, tido x bermimpi.
2nd day
Keep on practising. Seram sejuk tunggu turn utuk persembahan. Ada yang masuk pertandingan catur bistari, kuiz keusahawanan. We did try our best. Lega gila rasa lepas semua selesai. Terus enjoy lepas tu. Malam tu letih, melilau pusing kawasan poli kononnya untuk persediaan biz race esok, beli burger kat kafeteria, balik tido.
3rd day
kameraman x larat nak tunggu tengah panas, so pinjam kakak yg jaga checkpoint tu punya payung..
Ada poco-poco kot pagi tu. Team kami bangun lambat. Biz race! Ingatkan dapat no. last sebab team kami yg terakhir sampai, entah macam mana dapat tempat ke empat. (maybe sebab jwb soalan dgn betul dan simpan amanah). Hamper yg dapat tu telah dikendurikan oleh kami kat kelas..haha.
Tengah hari kami dibawa untuk lawatan ke taman ular dan padang besar. Sebenarnya ada banyak lagi tempat dalam rancangan tapi maybe masa tak cukup. Lebih kurang 20 buah bas kovoi di escort polis, rasa macam VIP lak..hehe
Hazami !
Malam tu adalah malam yg paling best.. Diner dan penyampaian hadiah. Majlis turut dihadiri oleh Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis. Menjamu selera sambil dihiburkan dgn lagu dan tarian siam. Artis kejutan yg datang, Hazami. Dia nyanyi dalam 4 lagu kot. Bergambar dengan perserta2 lain.
4th day
Sedih rasa bila semua dah nak berakhir. Lepas ni tak boleh nak pakai baju usahawan, tie & blazer tu lagi. Maybe after this untuk cari kerja pulak. Hampir tengah hari, kami naik bas. Sebelum balik tu cikgu bawa kami singgah taman herba. Cuba teh misai kucing, perrgghh!!. Terus balik ke masjid jamek seberang jaya. End of my journey in program usahawan muda.
nak balik dah… =(
Baca artikel rasmi



No comments:
Post a Comment